Tuesday 10 February 2015

YAYASAN PENYAYANG MPJBT

FOKUS BANTU RAKYAT GELANG PATAH


PADA 29 Jun 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan secara serentak 15 buah Yayasan Penyayang di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi fokus kepada program yang berasaskan peningkatan kualiti hidup masyarakat khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah. BERITA GEMILANG berkesempatan menemuramah Pengerusi Yayasan MPJBT,  Tuan Haji Mohammad Khairi A. Malik untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai peranan dan masa depan yayasan ini.

SOALAN  PERTAMA
Merujuk kepada Bajet 2014 yang telah dibentangkan tahun lalu, pihak kerajaan negeri sebenarnya telah lama merancang penubuhan yayasan seumpama ini. Bolehkah pihak tuan perjelaskan apakah tujuan sebenar dan hala tuju Yayasan Penyayang MPJBT ini?
PENGERUSI YPMPJBT : Cadangan penubuhan yayasan ini adalah dari idea asal Menteri Besar Johor sendiri yang mahu melihat MPJBT lebih berperanan khususnya dalam soal kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat di seluruh negeri Johor.
    Menerusi yayasan ini, segala sumbangan atau derma yang diterima dari pelbagai pihak akan dikawal selia secara profesioanal. Pihak kami juga membuka peluang untuk menjalin hubungan kerjasama dengan institusi swasta dan korporat dalam melaksanakanTanggungjawab Sosial Korporat CSR)” terhadap masyarakat.
    Akhirnya nanti hubungan pihak MPJBT dan masyarakat setempat akan terjalin dengan baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat.

SOALAN  KEDUA
Siapakah kelompok pertama yang bakal menjadi sasaran program bercorak kebajikan di bawah Yayasan Penyayang MPJBT itu nanti?

Pengerusi YPMPJBT : Kelompok utama pastilah golongan miskin bandar dan mereka yang kurang berkemampuan. Kami akan  membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk mengemaskini data kemiskinan dan profil penerima bantuan agar objektif yang disasar akan mencapai matlamatnya.
   Selain aktiviti bercorak kebajikan, pihak yayasan juga akan melaksanakan program berasaskan perayaan, pendidikan dan bantuan kecemasan.

SOALAN KETIGA
Kami difahamkan mengenai salah satu peranan yayasan ialahmeningkatkan kualiti kehidupan masyarakat’. Dari aspek manakah kualiti hidup yang menjadi keutamaan pihak Yayasan Penyayang MPJBT?

Pengerusi YPMPJBT : Antara cadangan aktiviti tahun ini adalah Bantuan Sewa Rumah dan Bantuan Membaiki Rumah. Buat permulaan kami peruntukan hampir RM100,000 bagi tujuan itu.
    Pihak yayasan menyedari kepentingan suasana kediaman yang selesa ke arah membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Dengan dua bentuk bantuan ini, kita berharap masyarakat yang layak akan mendapat manfaat daripada usaha yang bakal dijalankan ini.
    Untuk anak-anak mereka pula kita sediakan pakej kelas tambahan (tuisyen) bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran. Berkat ilmu dan kejayaan yang diperolehi itu kelak bakal mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka.

SOALAN KEEMPAT
Apakah harapan besar yang pihak tuan impikan hasil dari penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT dengan transformasi kemajuan di kalangan rakyat di bawah seliaan MPJBT, khususnya di dalam Bahagian Gelang Patah.

Pengerusi YPMPJBT : Usaha murni yang akan dijalankan di bawah Yayasan Penyayang MPJBT akan lebih menyeluruh dan melibatkan kerjasama dengan ramai pihak bagi memastikan penyaluran bantuan sampai kepada golongan sasaran yang tepat dan layak.
    Urusan membanci dan menguruskan bantuan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar MPJBT akan terus dimantapkan.
    Adalah menjadi harapan saya semoga tiada lagi keciciran dan pihak yayasan dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan miskin, kurag uapaya dan golongan yang memerlukan di kawasan perbandaran.
    Bagi memastikan usaha itu berhasil dengan cemerlang, pihak yayasan akan bergerak melalui tiga strategi iaitu pendekatan secara langsung dengan kumpulan sasar, pendekatan secara institusi secara kerjasama  dengan instiitusi luar dan pendekatan secara dasar menerusi kerjasama dengan tokoh pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.


Yayasan Penyayang MPJBT 
akan menerima suntikan sebanyak 1 peratus daripada hasil cukai sebenar yang berjaya dikutip bagi tahun sebelumnya (2013). Ia tidak termasuk tunggakan hasil cukai dan caruman bantu kadar. Juga tidak diambil kira hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang diperolehi oleh pihak MPJBT.

No comments:

Post a Comment