BADAN KEBAJIKAN INI BARU MENDAPAT
KELULUSAN DAN TELAH MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN DI GELANG PATAH.
PANTAS, PRIHATIN SALUR BANTUAN
BADAN kebajikan baru untuk rakyat di Gelang Patah telah ditubuhkan oleh UMNO Bahagian Gelang Patah (UBGP) sebagai satu wahana penyaluran bantuan yang pantas dan prihatin dengan masalah masyarakat.
Pertubuhan Kebajikan Sayangi Gelang Patah (PKSGP)mendapat kelulusan pada 14 Ogos lalu daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan dengan enam matlamat utama menjurus kepada perancangan aktiviti berunsur pendidikan, bantuan bencana, bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, menjalankan kerja amal dan kebajikan untuk golongan terabai, teraniaya dan buta huruf ke arah pembentukan jati diri dan sahsiah yang mantap, berjiwa murni dan berhemah tinggi.
Beberapa hari selepas kelulusan, PKSGP yang dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik ini dimaklumkan mengenai satu bencana kebakaran dan satu tindakan cepat telah diambil dengan menghantar wakil dan memberi sumbangan tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Melayu Gelang Patah.