Tuesday 10 February 2015

PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAYANGI GELANG PATAH

BADAN KEBAJIKAN INI BARU MENDAPAT KELULUSAN DAN TELAH MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN DI GELANG PATAH.

PANTAS, PRIHATIN SALUR BANTUAN


BADAN kebajikan baru untuk rakyat di Gelang Patah telah ditubuhkan oleh UMNO Bahagian Gelang Patah (UBGP) sebagai satu wahana penyaluran bantuan yang pantas dan prihatin dengan masalah masyarakat.
   Pertubuhan Kebajikan Sayangi Gelang Patah (PKSGP)mendapat kelulusan pada 14 Ogos lalu daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan dengan enam matlamat utama menjurus kepada perancangan aktiviti berunsur pendidikan, bantuan bencana, bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, menjalankan kerja amal dan kebajikan untuk golongan terabai, teraniaya dan buta huruf ke arah pembentukan jati diri dan sahsiah yang mantap, berjiwa murni dan berhemah tinggi.
   Beberapa hari selepas kelulusan, PKSGP yang dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik ini dimaklumkan mengenai satu bencana kebakaran dan satu tindakan cepat telah diambil dengan menghantar wakil dan memberi sumbangan tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Melayu Gelang Patah. 



41 LAGI HAK MILIK TANAH



SEMUA 149 LOT TANAH DI KAMPUNG BARU MUAFAKAT SUDAH BERPEMILIK

BERITA gembira sekali lagi diterima oleh penduduk Kampung Baru Muafakat Gelang Patah apabila kerajaan negeri meluluskan penyerahan lot tanah kediaman yang dipohon untuk 41 orang lagi penduduk yang tertinggal sebelum ini.
   Fasa kedua itu melengkapkan jumlah keseluruhan sebanyak 149 lot kediaman yang ada di kampung itu. Lebihan tanah kira-kira dua lot lagi direzabkan untuk pembinaan surau dan balairaya.
   Ketua UMNO Cawangan itu, Azmi Abd Rahman berkata penduduk amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyokong permohonan ini, khususnya pihak Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik, Biro Tanah Perumahan dan Setinggan UBGP, mantan ketua bahagian dan pihak agensi yang terlibat.
   Katanya, penduduk akan mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran Berkelompok selepas ini apabila semua urusan pembayaran premium yang ditetapkan oleh kerajaan negeri selesai.



MENTERI BESAR SERIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA UBGP

JALIN KEAKRABAN BARISAN NASIONAL GELANG PATAH


NIKMAT Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak terbatas kepada orang Islam sahaja namun ia terbuka luas kepada satu jalinan silaturahim dan kemesraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia yang harmoni ini.
   Sempena sambutan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gelang Patah di Padang MPJBT Gelang Patah pada 9 Ogos lalu, keakraban dan hubungan
baik antara kaum Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain dari Sabah dan Sarawak cukup jelas dan bersatu di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
   Dari penyediaan juadah hari raya yang bercirikan masakan tradisi Melayu dan dipecahkan penyediaannya kepada beberapa cawangan UMNO dan hasilnya mendapat pujian ramai kerana kelazatan tradisional. Ditambah pula dengan pelbagai juadah buahan tempatan dan aneka perasa air yang menyegarkan.
   Pengunjung juga dihiburkan dengan nyanyian lagu raya yang mekar sepanjang zaman dari penyanyi anak tempatan. Tidak lupa acara cabutan bertuah kepada pengunjung bertuah sebagai ole-oleh dari penganjur.
   Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Ketua-ketua Parti Komponen BN dan Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Johor.





SUNGAI MELAYU KINI TUMPUAN PELANCONG

PROGRAM KAWAN ISKANDAR MALAYSIA
EKO PELANCONGAN KG SUNGAI MELAYU


KAMPUNG Sungai Melayu dahulunya sebuah kampung nelayan tradisional yang hanya boleh dihubungi dengan menaiki bot dan sampan, kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dengan produk eko-pelancongan tersendiri di negeri Johor.
   Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Melayu, Pandak Ahmad berkata sejak dipilih dalam Program Kawan Iskandar yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), kampung itu menerima ribuan pelancong dari serata dunia yang ingin melihat dan merasai sendiri produk-produk pelancongan di sini.
   “Pelancong yang hadir adalah dari negara-negara di Eropah, Asia Tengah, Hong Kong, Korea, Jepun dan China. Kampung Sungai Melayu juga menjadi pilihan pelancong tempatan, khususnya yang ingin menikmati sendiri kupang segar dan makanan laut terbaik di sini,” tambahnya lagi.
   Pandak berkata, penduduk juga menyediakan kemudahan inap desa yang selesa dan sentiasa ramah membantu untuk membawa pelancong yang datang untuk aktiviti pelancongan yang ada di kampung kami seperti perusahaan keropok kupang, membuat belacan, lawatan menggunakan bot sambil menangkap ketam dan makan di restoran.
   Katanya lagi, adalah menjadi sasaran kita untuk terus meningkatkan lagi produk sedia ada dan menjadikan Kampung Sungai Melayu destinasi pelancongan terkanal di negara ini.
   “Penduduk amat bersyukur dengan perubahan ini. Jika dahulu tiada jalan darat untuk masuk ke kampung kami, kini jalan raya terbaik sudah ada dan sesiapa sahaja mudah untuk datang ke sini. Ini adalah nikmat yang Allah SWT beri kepada penduduk di sini,” jelasnya.


KETUA BAHAGIAN TINJAU KEROSAKAN SEKOLAH

KETUA UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik turun padang untuk melihat sendiri kerosakan bangunan  di Sekolah Kebangsaaan Sungai Melayu pada 21 Ogos lalu.
    Beliau yang ditemani oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Melayu, Pandak Ahmad telah di bawa meninjau kerosakan di bahagian siling dan beberapa tempat lain oleh pihak pengurusan sekolah.

    Aktiviti turun padang ini adalah usaha pihak bahagian untuk mendekati masyarakat dan mendengar sendiri permasalahan setempat.


JASA PEMIMPIN CAWANGAN DIHARGAI


CAWANGAN BARU TERUS BERTAMBAH

UMNO Bahagian Gelang Patah berjaya dikukuhkan lagi dengan penambahan empat cawangan baru antaranya Cawangan Nusa Perintis 2 dan Cawangan Kampung Pulai Mutiara yang sudah selesai membuat mesyuarat penajaan baru-baru ini.
      Menurut Setiausaha UBGP, Mohd Yunos Malek penubuhan dua lagi cawangan sedang dalam urusan akhir dan akan membuat mesyuarat penajaan dalam tempoh terdekat ini. Dua cawangan baru itu ialah Cawangan Flat Impian Skudai dan Cawangan Nusa Indah.  
    Tambah Mohd Yunos, Cawangan Nusa Perintis 2yang dipimpin oleh Hanafi Pilus telah bergerak dengan aktif dan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti otongoyongMembersih Kubur, Ceramah Motivasi UPSR dan membantu menggerakkan Tabung Prihatin Gaza Puteri UMNO di sekitar Pasar Malam Gelang Patah.




PENGKHIANAT JEJAS IMEJ KERAJAAN BN

KITA PUAS  HATI BILA BERDEPAN DENGAN MUSUH (DALAM SELIMUT ITU) TETAPI PENGKHIANAT INI ADALAH KAWAN YANG JADI MUSUH DALAM SELIMUT.  
ADUHAI GERAMNYA.

PENGKHIANAT sentiasa bawa petaka. Rosak semuanya bila ada yang sanggup jadi pengkhianat.    
      Sejarah kejatuhan kepimpinan Islam sejak dahulu lagi mengisahkan di belakangnya pasti ada tangan-tangan para pengkhianat yang terlibat. Telusurilah kisah Kamal Atarturk sebagai jeneral ketika itu sanggup mengkhianati Sultan Abdul Hamed dengan menjadi tali baru tentera British dan Yahudi yang akhirnya menumbangkan Khalifah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sejak itu Turki disekularkan daripada pengaruh Islam.
     Kisah pengkhianat lain boleh anda cari di internet seperti Drakula mengkhianati Muhammad al-Fateh, Si Kitul dan Datuk Mandeliar dengan kejatuhan kerajaan Melaka, Kisah Si Pitung dan juga pembunuhan Tok Janggut di Kelantan.
     Ibarat kata Pepatah Melayu dalam setandan kelapa tidak semuanya elok. Tetapi buruknya si  pengkhianat ini lebih busuk daripada kelapa komeng.  Mereka menjahanamkan semuanya, malah lebih buruk perangainya daripada musuh dalam selimut. Kita puashati bila berdepan dengan musuh (dalam selimut itu) tetapi pengkhianat ini adalah kawan yang jadi musuh dalam selimut. Aduhai geramnya.

       PERTAMA : Mari kita lihat pengkhianatan yang berlaku dalam kandang pembangkang. Nik Mohamad Abduh dengan terang menyatakan PKR adalah pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Beliau geram kerana PKR iktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang sanggup khianat terhadap keputusan partinya sendiri, iaitu PAS.

        Sampai sekarang kisah pengkhianat dan pengkhianatan dalam kandang pembangkang itu masih berbunyi. Di laman sosial, pengkhianat itu masih dikeji. Di Muktamar PAS terus dihambat. Muka dia selamba sahaja.
        Seorang pemimpin PAS membuat kenyataan golongan pengkhianat itu dihina di dunia dan hina di akhirat. Betapa hidupnya tercela di akhirat bahkan semenjak di dunia ini lagi.
        Kisah pertama ini membuktikan kepada kita yang pengkhianat ini perosak imej dan perjuangan partinya. Tetapi, adakah anda mendengar parti PAS yang dianggotai individu yang dilabel pengkhianat sendiri oleh pemimpinnya itu dipersalahkan?  

        KEDUA : Isu pengkhianatan kebocoran dan penyebaran soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR. Kes masih di bawah siasatan pihak Polis, ada kakitangan awam ditahan dan direman, ada juga pekerja swasta yang dipanggil dan disiasat. Soal integriti diragui dan dipertikaikan.
       Saban hari imej kementerian dijatuhkan dan kerajaan dipalitkan. Kita juga mengakui, bukan semua kakitangan kerajaan itu mendokong dasar yang dibuat dengan ikhlas. Ramai juga tali barut pembangkang yang bekerja di sektor kerajaan yang budi hatinya boleh kita ragui. Itulah punca kebocoran maklumat dan data rahsia kerajaan sering terjadi. Inilah pengkhianat di dalam kerajaan.
       Kisah kedua ini bukan salah kerajaan. Kerajaan jadi mangsa kakitangan yang khianat yang utamakan agenda peribadi berbanding tugasan yang diama-nahkan.  Kerajaan Barisan Nasional sentiasa terbuka menerima teguran melalui saluran yang betul.
       Janganlah kerana perbuatan beberapa orang pengkhianat itu, ia diperbesarkan di media sosial dan akhirnya seolah-olah kerajaan sedia ada ini dilihat terlalu lemah di dihukum.
        Umpama kata-kata akhir Laksamana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia sebenarnya ada lagi yang tidak dicatatkan iaitu Selagi Berpegang Dengan Ajaran Islam. Mari kita pertahankan Kerajaan Barisan Nasional yang memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
        Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. 

EMPAT CAWANGAN AKAN DIPULIHKAN

BIRO Politik Dan Pengurusan UBGP juga sedang memulihkan empat buah cawangan bermasalah untuk diaktifkan semula iaitu Cawangan Taman Nusantara, Cawangan Taman Tan Sri Yaakub, Cawangan Taman Nisa dan Cawangan Taman Universiti Utama.
    Menurut Setiausaha UBGP, Mohd Yunos Malek bahawa Cawangan Rumah Prima Iskandar sedang dalam pertimbangan untuk kelulusan.
    Jelasnya lagi, sebanyak 77 daripada 78 cawangan telah bersidang dan layak  menghantar perwakilan ke persidangan bahagian pada 20 September nanti.
    Pihak biro mengambil langkah proaktif dalam usaha penambahan dan pemulihan cawangan kerana kaedah itu dapat menguatkan jentera parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
   Katanya lagi, secara keseluruhan jumlah keahlian dalam UMNO Bahagian Gelang Patah adalah seramai 11,457 orang dengan pecahan Wanita seramai 4,305, Pemuda (2,361), Puteri (1,132) dan cawangan (3,659).

FASA KEDUA KEMPEN SAYANGI GELANG PATAH


BIRO Keahlian Dan Daftar Pemilih UBGP mengumumkan akan mengadakan Pelancaran Fasa Kedua Kempen Sayangi Gelang Patah pada 20 September ini, bersempena Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah yang akan diadakan di Educity Nusajaya.
    Ketuanya, Ir Haji Mohd Nasir Hashim memberitahu Berita Gemilang, urusan pelancaran kempen siri kedua ini telah dibuat oleh jawatankuasa biro.
    Katanya lagi, menerusi perbincangan dan mesyuarat bersama Ketua UMNO Bahagian, Haji Mohammad Khairi A. Malik kita meletakkan jumlah sasaran yang sama seperti kempen pertama dengan gerakan yang lebih meluas melibatkan kerjasama dengan pihak NGO dan badan swasta.
   “Semua jawatankuasa akan berpecah kepada 12 haluan dalam tempoh masa sehingga 31 Disember 2014 untuk membawa masuk daftar pemilih sebanyak mungkin untuk mengundi di Gelang Patah.

   “Pihak biro akan lebih agresif untuk memastikan sasaran pada kali ini dicapai  secepat mungkin. Kejayaan pada kempen pertama membuktikan UMNO Gelang Patah antara yang terbaik dalam pelaksanaan Kempen Daftar Pemilih di peringkat negeri Johor.
   Selain daripada itu, pihak biro juga masih menggerakkan kempen menerusi cawangan dan sayap parti seperti sebelum ini. Ia adalah tugas yang berterusan di peringkat cawangan.
   Pihak biro menerima kerjasama yang baik dari ketua cawangan dan pendaftaran anak muda yang baru layak mengundi juga bertambah dari masa ke semasa. 

WANITA MAHU 1AZAM DIPERKASA



WANITA membantu menambah pendapatan keluarga.
       Itulah maksud tersirat di sebalik usul yang di bawa oleh Pergerakan  Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah yang disokong sepenuhnya oleh perwakilan Wanita Cawangan dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UBGP, 13 September lalu.
       Mesyuarat tahun ini dirasmikan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, YB  Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik dan ADUN Nusajaya, YB Dr Zaini Abu Bakar.
       Usul ekonomi yang diutarakan itu mencadangkan peruntukan khas daripada pihak kerajaan untuk Program 1Azam Untuk Wanita UMNO khususnya di dalam Parlimen Gelang Patah.
       Ketua Wanita UBGP, Hajah Zainab Othman berkata kami berpendapat program 1Azam yang memiliki objektif jelas mampu menyedia-kan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM830 hingga RM2,300 sebulan.

       “Tetapi, syarat untuk menyertai program itu memerlukan pesertanya berdaftar dengan E-kasih. Apa yang ingin kami syorkan di sini agar syarat itu dilonggarkan sedikit dengan membuka ruang kepada Wanita UMNO yang tidak berdaftar dalam E-kasih.
      “Wanita UBGP juga mahukan pihak agensi kerajaan  yang terlibat agar menyediakan dan memberi peruntukan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara bersungguh-sungguh tetapi memerlukan bantuan peralatan untuk memajukan perusahaannya,` katanya.
        Tambahnya lagi, melalui usaha itu Wanita UMNO berharap kaumnya akan dapat membantu suami meningkatkan pendapatan isi rumah sedia ada.
         Oleh itu katanya lagi, pihak MPWK  juga harus memudahkan urusan permohonan peruntukan sepanjang masa tanpa ada kerenah
birokrasi yang membebankan. Wanita UBGP juga berharap program yang baik itu disegerakan tanpa menunggu ketibaan musim pilihan raya sahaja.
         Program  1Azam memberikan  fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan seperti  : 

AZAM KERJA - latihan kemahiran.
AZAM TANI -  kegiatan asas pertanian.
AZAM NIAGA - perniagaan kecil-kecilan dengan latihan dan kredit mikro.
AZAM KHIDMAT - menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan.

PUTERI HARGAI JASA PEMUDA


Puteri UMNO Bahagian Gelang Patah memberi penghargaan kepada Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tebing Runtuh, Mohd Sukri Melino kerana jasa dalam misi mencari mangsa lemas di perairan Nusajaya, barubaru ini.

PUTERI GP AKTIF HULUR TABUNG GAZA




Pergerakan Puteri UMNO Gelang Patah meneruskan usaha mengisi dana Tabung Prihatin Gaza Puteri UMNO yang digerakkan secara bersepadu di peringkat nasional.
      Ketua Puteri UMNO Gelang Patah,  Fazilah Musakuti ketika ditemui berkata pihaknya tidak akan jemu menghulurkan tabung itu kerana rasa prihatin dengan nasib malang seagama Islam kita yang diserang musuh di bumi Palestin.

     “Setiap kali Puteri mengadakan majlis, tabung ini akan terus digerakkan oleh Ahli Jawatankuasa  Puteri Umno sama ada di peringkat cawangan atau bahagian. Biarpun sepuluh sen yang dimasukkan ke dalam Tabung Prihatin Gaza, itu menunjukkan keiklhasan penyumbang membantu masyarakat di Palestin.
     Menurutnya lagi, di sepanjang usaha Puteri UMNO Gelang Patah menggerakkan tabung itu, pihaknya mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.
     “Kita berharap melalui kutipan tabung itu, ia diharap mampu membantu meringankan beban penduduk Palestin.  Puteri UMNO Gelang Patah juga mengecam kekejaman rejim Zionis Israil  ke atas bumi Palestin  yang sudah berlanjutan lebih 60 tahun,” jelasnya lagi.

UMNO GELANG PATAH RAI BAKAL HAJI




BAKAL-BAKAL Haji yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah telah diraikan oleh Biro Agama UBGP pada satu majlis Sembang Petang Bersama Bakal Haji Gelang Patah di Restoran Nelayan Kampung Ladang.
     Ketua UBGP, Haji Mohammad Khairi A. Malik mengambil kesempatan itu mengucapkan selamat berangkat kepada semua bakal jemaah moga mendapat keberkatan dan kualiti haji yang terbaik dan mabrur.
     Turut hadir meraikan bersama bakal haji ialah Timbalan Ketua UBGP,  Ir Haji Md Nasir Hashim, Ketua Wanita UBGP, Hajah Zainab Othman, Setiausaha UBGP dan AJK bahagian.
     Rata-rata jemaah yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada UMNO Bahagian yang sudi menemui mereka sebelum berangkat ke Arab Saudi.

   

KETUA PENGARAH MARA LAWAT PEJABAT KETUA BAHAGIAN



KETUA UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik telah menerima kunjungan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad bersama  dan Pengarah MARA Negeri Johor di Pejabat Setiusaha Politik Menteri Besar Johor di Nusajaya.
       Dalam kunjungan itu, beberapa usaha akan dilaksanakan oleh MARA bagi membantu dan menentukan hala tuju masyarakat Melayu di kawasan Parlimen Gelang yang pesat menerima pembangunan.

        Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua UBGP,  Ir Haji Md Nasir Hashim, Naib Ketua UBGP, Radin Seri Kartini Abdullah, Setiausaha UBGP, beberapa AJK bahagian dan Naib Ketua Pemuda UBGP, Fakhrul Zafran Absl Kamarul Azman. 

PEMUDA DESAK MARA SEDIA LOT NIAGA KOMERSIAL




KEKANGAN usahawan Melayu yang kekurangan dana serta dihimpit kos sara hidup yang tinggi menjadi usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah pada 13 September lalu.
   Keresahan Pemuda UBGP terhadap semangat anak muda dalam bidang usahawan itu agar ianya tidak sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

   Naib Ketua Pemuda UBGP, Fakhrul Zafran Absl Kamarul Azman memberitahu Berita Gemilang bahawa usul yang dibawa itu mendesak Majlis Amanah Rakyat (MARA) agar lebih memainkan peranan membantu usahawan muda. Pemuda UBGP mencadangkan agar MARA dapat  menyewakan ruang-ruang niaga di pasaraya besar seperti di Medini Mall, TESCO dan MYDIN kepada usahawan muda Melayu.
   Katanya, dengan kaedah begini ia secara langsung membuktikan MARA sentiasa bersedia untuk melakukan transformasi dalam usaha membantu usahawan bumiputera dalam permasalahan ruang niaga yang tidak strategik.
   Menurutnya lagi, dalam satu kajian oleh Pemuda UBGP yang meninjau ke satu lokasi di Gelang Patah mendapati dua lot kedai yang dipecah-pecahkan kepada beberapa lot niaga kecil dan disewakan kepada usahawan muda memberi impak positif dan pendapatan lumayan setiap bulan.

YAYASAN PENYAYANG MPJBT

FOKUS BANTU RAKYAT GELANG PATAH


PADA 29 Jun 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan secara serentak 15 buah Yayasan Penyayang di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi fokus kepada program yang berasaskan peningkatan kualiti hidup masyarakat khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah. BERITA GEMILANG berkesempatan menemuramah Pengerusi Yayasan MPJBT,  Tuan Haji Mohammad Khairi A. Malik untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai peranan dan masa depan yayasan ini.

SOALAN  PERTAMA
Merujuk kepada Bajet 2014 yang telah dibentangkan tahun lalu, pihak kerajaan negeri sebenarnya telah lama merancang penubuhan yayasan seumpama ini. Bolehkah pihak tuan perjelaskan apakah tujuan sebenar dan hala tuju Yayasan Penyayang MPJBT ini?
PENGERUSI YPMPJBT : Cadangan penubuhan yayasan ini adalah dari idea asal Menteri Besar Johor sendiri yang mahu melihat MPJBT lebih berperanan khususnya dalam soal kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat di seluruh negeri Johor.
    Menerusi yayasan ini, segala sumbangan atau derma yang diterima dari pelbagai pihak akan dikawal selia secara profesioanal. Pihak kami juga membuka peluang untuk menjalin hubungan kerjasama dengan institusi swasta dan korporat dalam melaksanakanTanggungjawab Sosial Korporat CSR)” terhadap masyarakat.
    Akhirnya nanti hubungan pihak MPJBT dan masyarakat setempat akan terjalin dengan baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat.

SOALAN  KEDUA
Siapakah kelompok pertama yang bakal menjadi sasaran program bercorak kebajikan di bawah Yayasan Penyayang MPJBT itu nanti?

Pengerusi YPMPJBT : Kelompok utama pastilah golongan miskin bandar dan mereka yang kurang berkemampuan. Kami akan  membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk mengemaskini data kemiskinan dan profil penerima bantuan agar objektif yang disasar akan mencapai matlamatnya.
   Selain aktiviti bercorak kebajikan, pihak yayasan juga akan melaksanakan program berasaskan perayaan, pendidikan dan bantuan kecemasan.

SOALAN KETIGA
Kami difahamkan mengenai salah satu peranan yayasan ialahmeningkatkan kualiti kehidupan masyarakat’. Dari aspek manakah kualiti hidup yang menjadi keutamaan pihak Yayasan Penyayang MPJBT?

Pengerusi YPMPJBT : Antara cadangan aktiviti tahun ini adalah Bantuan Sewa Rumah dan Bantuan Membaiki Rumah. Buat permulaan kami peruntukan hampir RM100,000 bagi tujuan itu.
    Pihak yayasan menyedari kepentingan suasana kediaman yang selesa ke arah membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Dengan dua bentuk bantuan ini, kita berharap masyarakat yang layak akan mendapat manfaat daripada usaha yang bakal dijalankan ini.
    Untuk anak-anak mereka pula kita sediakan pakej kelas tambahan (tuisyen) bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran. Berkat ilmu dan kejayaan yang diperolehi itu kelak bakal mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka.

SOALAN KEEMPAT
Apakah harapan besar yang pihak tuan impikan hasil dari penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT dengan transformasi kemajuan di kalangan rakyat di bawah seliaan MPJBT, khususnya di dalam Bahagian Gelang Patah.

Pengerusi YPMPJBT : Usaha murni yang akan dijalankan di bawah Yayasan Penyayang MPJBT akan lebih menyeluruh dan melibatkan kerjasama dengan ramai pihak bagi memastikan penyaluran bantuan sampai kepada golongan sasaran yang tepat dan layak.
    Urusan membanci dan menguruskan bantuan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar MPJBT akan terus dimantapkan.
    Adalah menjadi harapan saya semoga tiada lagi keciciran dan pihak yayasan dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan miskin, kurag uapaya dan golongan yang memerlukan di kawasan perbandaran.
    Bagi memastikan usaha itu berhasil dengan cemerlang, pihak yayasan akan bergerak melalui tiga strategi iaitu pendekatan secara langsung dengan kumpulan sasar, pendekatan secara institusi secara kerjasama  dengan instiitusi luar dan pendekatan secara dasar menerusi kerjasama dengan tokoh pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.


Yayasan Penyayang MPJBT 
akan menerima suntikan sebanyak 1 peratus daripada hasil cukai sebenar yang berjaya dikutip bagi tahun sebelumnya (2013). Ia tidak termasuk tunggakan hasil cukai dan caruman bantu kadar. Juga tidak diambil kira hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang diperolehi oleh pihak MPJBT.