Tuesday 10 February 2015

41 LAGI HAK MILIK TANAH



SEMUA 149 LOT TANAH DI KAMPUNG BARU MUAFAKAT SUDAH BERPEMILIK

BERITA gembira sekali lagi diterima oleh penduduk Kampung Baru Muafakat Gelang Patah apabila kerajaan negeri meluluskan penyerahan lot tanah kediaman yang dipohon untuk 41 orang lagi penduduk yang tertinggal sebelum ini.
   Fasa kedua itu melengkapkan jumlah keseluruhan sebanyak 149 lot kediaman yang ada di kampung itu. Lebihan tanah kira-kira dua lot lagi direzabkan untuk pembinaan surau dan balairaya.
   Ketua UMNO Cawangan itu, Azmi Abd Rahman berkata penduduk amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyokong permohonan ini, khususnya pihak Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik, Biro Tanah Perumahan dan Setinggan UBGP, mantan ketua bahagian dan pihak agensi yang terlibat.
   Katanya, penduduk akan mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran Berkelompok selepas ini apabila semua urusan pembayaran premium yang ditetapkan oleh kerajaan negeri selesai.



No comments:

Post a Comment