Tuesday 10 February 2015

PKR CELARU, PAS KELIRU, UMNO TERUS BERSATU

KEKALUTAN pakatan pembangkang makin jelas dan rakyat sudah  muak dengan pelbagai isu ciptaan mereka sendiri. Parti PAS sudah hura-hara dengan sikap kepuakan dan suara Presiden PAS, Ustaz Hadi juga sudah banyak dipersoalkan. Dalam isu pelantikan Setiausaha Agung misalnya, hasrat Ustaz Hadi melantik Takiyuddin Hassan terbantut kerana dibangkang puak-puak penyokong Anwar yang membiak dalam PAS.
       Dalam isu pertukaran MB Selangor, puak-puak erdogan PAS ghairah mengikut telunjuk DS Anwar Ibrahim walaupun Ustaz Hadi memberi pandangan untuk kekalkan DS Khalid Ibrahim. Golongan ulama sudah tak berperanan dalam parti yang kononnya berlandaskan Islam itu. Itu kisah PAS, cerita PKR lagi celaru. Mempengerusikan mesyuarat dan melantik isteri sebagai calon MB, disokong kuat pula oleh anak sendiri. ‘Anak-anak ikan’ belaan terus jaja ke sana sini.
      Kini timbul pula kisah senario analisis perbincangan whatsapp yang jelas ada unsur mengutuk rakan tidur sebantal PAS iaitu parti DAP. Melentinglah ‘taiko-taiko’ mereka. Senario analisis Dr Zuhdi Marzuki benar-benar bikin hati ‘anak ikan’ Anwar dan DAP panas.
      Itu senario ciptaan pakar-pakar PAS. Impian mereka di kayangan tetapi mata jeling-jeling juga ke bumi. Ini kerana di bumi inilah UMNO terus bersatu dan berjuang menegakkan agama Islam dan maruah bangsa Melayu yang tercinta. Di dalam UMNO kita tidak bermain dengan senario untuk bersatu. UMNO betul-betul bersatu dengan dada yang terbuka dan keikhlasan hati yang tulus. Bersatu menjunjung Al-Quran dan Sunnah dan menentang campur tangan puak yang cuba menjatuhkan martabat Islam dan Melayu.
      Hayati dua baris lagu UMNO : Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu, jiwa teguh bersatu, kiota rumpun Melayu. Bersama kita bersama, mendukung hasrat semua, berjasa pada bangsa, agama dan negara.
      Semoga Allah SWT merestui pejuangan kita dan terus mengikat hati-hati umat Islam dengan perjuangan UMNO yang suci ini.

No comments:

Post a Comment