Saturday 7 February 2015

PERANAN GURU DAN PENDIDIK DIHARGAI


“JIKA hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa,
 Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
 Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
 Jika hari ini seorang ulamak mulia,
 Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
 Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
 Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa ;

 Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa.”

ITULAH baris keempat sajak keramat bertajuk ‘Guru Oh Guru’ karya Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang yang meletakkan darjat dan peranan guru di tempat yang mulia. Justeru, kehadirian Hari Guru 2014 pada tanggal 16 Mei lalu telah dimanfaatkan oleh Umno Bahagian Gelang Patah untuk turun padang menjengah dan menghargai golongan guru dan pendidik ini di 150 buah sekolah kebangsaan, menengah dan tadika yang berada di dalam kawasan Parlimen Gelang Patah.

Pengerusi Biro Pendidikan, Latihan Dan Mahasiswa UBGP, Salleh Muridon berkata matlamat utama pihaknya meraikan kumpulan guru dan pendidik adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih golongan guru.

Rombongan dari Umno Bahagian Gelang Patah itu diketuai sendiri oleh Haji Mohammad Khairi A. Malik. Semua jawatankuasa bahagian dan ketua cawangan terlibat sama menghantar kek ke sekolah terpilih mengikut zon penghantaran yang telah ditetapkan.

Hasil tinjauan Berita Gemilang ke semua sekolah dan tadika mendapati rombongan itu menerima sambutan yang sangat baik dari pihak sekolah dan sebahagian besarnya diberi ruang untuk berucap dan menyampaikan sendiri kek yang di bawa kepada pentadbir sekolah bersaksikan pelajar dan guru.



No comments:

Post a Comment