Tuesday 10 February 2015

KETUA BAHAGIAN LAWAT ANAK YATIM RAUDATUL MARYAM


RASA prihatin Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik terhadap nasib anak-anak yatim yang memerlukan pembelaan dicurahkan melalui lawatan beliau ke Rumah Anak Yatim Raudatul Maryam di Taman Pulai Utama, Julai lalu.
   Beliau yang hadir bersama Setiausaha UBGP, Mohd Yunos Malek dan beberapa ahli jawatankuasanya telah disambut oleh penghuni rumah itu dengan penuh riang. Bangunan rumah itu dibiayai penyewaannya oleh Syarikat Al-Ikhsan khas untuk menempatkan golongan anak yatim yang memerlukan pembelaan sebelum mereka mampu berdikari sendiri.

    Dalam lawatan itu, Haji Mohammad Khairi turut menyampaikan sumbangan barangan dan tunai untuk kegunaan penghuni di sumah tersebut membuat persaiapan menyambut kedatangan bulan Syawal.

No comments:

Post a Comment