Tuesday 10 February 2015

SUMBANGAN HARI RAYA DAN ZAKAT


MENJELANG Bulan Ramadhan yang mulia, Umno Bahagian Gelang Patah padat mengisi ruang yang penuh keberkatan ini dengan penyampaian Sumbangan Hari Raya Dan Zakat kepada asnaf yang layak.
    Acara utama penyampaian sumbanga itu telah diadakan di Dewan MPJBT Gelang Patah melibatkan kehadiran hampir 1,000 orang pada 20 Julai 2014, yang lalu. Pada majlis itu juga pihak UBGP menerima sumbangan zakat perniagaan bernilai RM50,000 daripada Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) untuk disampaikan terus kepada penerima sumbangan hari raya yang layak.
   Seramai 500 asnaf yang layak telah dipilih dari seluruh kawasan Parlimen Gelang Patah.

    Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Ketua Umno Bahagian Gelang Patah merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Haji Mohammad Khairi A. Malik, ADUN Nusajaya, YB Dr Zaini Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Bankj Rakyat Taman Universiti, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment