Tuesday 10 February 2015

MENTERI BESAR SERIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA UBGP

JALIN KEAKRABAN BARISAN NASIONAL GELANG PATAH


NIKMAT Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak terbatas kepada orang Islam sahaja namun ia terbuka luas kepada satu jalinan silaturahim dan kemesraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia yang harmoni ini.
   Sempena sambutan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gelang Patah di Padang MPJBT Gelang Patah pada 9 Ogos lalu, keakraban dan hubungan
baik antara kaum Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain dari Sabah dan Sarawak cukup jelas dan bersatu di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
   Dari penyediaan juadah hari raya yang bercirikan masakan tradisi Melayu dan dipecahkan penyediaannya kepada beberapa cawangan UMNO dan hasilnya mendapat pujian ramai kerana kelazatan tradisional. Ditambah pula dengan pelbagai juadah buahan tempatan dan aneka perasa air yang menyegarkan.
   Pengunjung juga dihiburkan dengan nyanyian lagu raya yang mekar sepanjang zaman dari penyanyi anak tempatan. Tidak lupa acara cabutan bertuah kepada pengunjung bertuah sebagai ole-oleh dari penganjur.
   Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Ketua-ketua Parti Komponen BN dan Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Johor.





No comments:

Post a Comment