Tuesday 10 February 2015

PELANCARAN BULETIN GEMILANG



PELANCARAN Buletin GEMILANG, Facebook, Blog dan Laman Web Rasmi Umno Bahagian Gelang Patah telah disempurnakan oleh Ketua UBGP, Haji Mohammad Khairi A. Malik di Dewanraya MPJBT Lima kedai pada 2 April yang lalu.
   Majlis empat dalam satu itu dihadiri lebih 500 pemimpin dan penggerak Umno yang hadir dengan semangat membara untuk merampas kembali Parlimen Gelang Patah dan DUN Skudai dari tangan pembangkang.
   “Kita bersatu malam ini untuk menyaksikan pelancaran media rasmi kita yang bakal menjadi lidah penyalur sumber maklumat untuk ahli UMNO dan rakyat di Gelang Patah,” kata Haji Mohammad Khairi semasa berucap merasmikan empat media rasmi UPBG itu.
    Katanya lagi, banyak lagi perkara harus kita lakukan selepas ini untuk terus menambat hati rakyat, khususnya pengundi di luar sana. Semua penggerak UMNO perlu bekerja keras dari sekarang kerana setiap detik masa begitu pantas berlalu.
    Tambahnya lagi, cabaran perjuangan sekarang semakin hebat dan dunia sudah dikuasai oleh media sosial dan teknologi maklumat. Penggunaan facebook, blog dan web menjadi kegemaran anak muda dan kita gunakan media ini untuk terus bersama-sama mereka.



No comments:

Post a Comment