Tuesday 10 February 2015

FASA KEDUA KEMPEN SAYANGI GELANG PATAH


BIRO Keahlian Dan Daftar Pemilih UBGP mengumumkan akan mengadakan Pelancaran Fasa Kedua Kempen Sayangi Gelang Patah pada 20 September ini, bersempena Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah yang akan diadakan di Educity Nusajaya.
    Ketuanya, Ir Haji Mohd Nasir Hashim memberitahu Berita Gemilang, urusan pelancaran kempen siri kedua ini telah dibuat oleh jawatankuasa biro.
    Katanya lagi, menerusi perbincangan dan mesyuarat bersama Ketua UMNO Bahagian, Haji Mohammad Khairi A. Malik kita meletakkan jumlah sasaran yang sama seperti kempen pertama dengan gerakan yang lebih meluas melibatkan kerjasama dengan pihak NGO dan badan swasta.
   “Semua jawatankuasa akan berpecah kepada 12 haluan dalam tempoh masa sehingga 31 Disember 2014 untuk membawa masuk daftar pemilih sebanyak mungkin untuk mengundi di Gelang Patah.

   “Pihak biro akan lebih agresif untuk memastikan sasaran pada kali ini dicapai  secepat mungkin. Kejayaan pada kempen pertama membuktikan UMNO Gelang Patah antara yang terbaik dalam pelaksanaan Kempen Daftar Pemilih di peringkat negeri Johor.
   Selain daripada itu, pihak biro juga masih menggerakkan kempen menerusi cawangan dan sayap parti seperti sebelum ini. Ia adalah tugas yang berterusan di peringkat cawangan.
   Pihak biro menerima kerjasama yang baik dari ketua cawangan dan pendaftaran anak muda yang baru layak mengundi juga bertambah dari masa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment