Tuesday 10 February 2015

PESANAN KETUA BAHAGIAN TINGKAT SEMANGAT PERJUANGAN


KETUA Umno Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A Malik berpesan kepada semua penggerak Umno di peringkat cawangan agar terus aktif menjalankan aktiviti yang dirancang menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 yang akan datang.
   Menurutnya, gerak kerja awal perlu dijalankan tanpa melengahkan masa yang ada kerana cabaran politik masa kini lebih hebat dan pantas.
   Beliau turut berharap semua Ketua Cawangan memainkan peranan dengan cemerlang, khususnya dalam soal pendaftaran pengundi baru dan pertukaran kawasan pengundi luar ke dalam Parlimen Gelang Patah.

   Pesanan dan harapan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah itu mendapat respon yang baik dari semua wakil cawangan yang hadir dengan satu tekadKembalikan Gelang Patah Dan Skudai Ke Tangan Barisan Nasional. Sayangi Gelang Patah.



No comments:

Post a Comment