Tuesday 10 February 2015

UBGP SEDIA BANTU USAHAWAN MELAYU


TAHUKAH anda terdapat pelbagai bantuan perniagaan untuk Usahawan Melayu disediakan oleh agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri atau pun pusat.
   Semua kemudahan ini bertujuan untuk membantu bangsa kita yang berminat untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Bermula dari peringkat perancangan perniagaan sehinggalah kepada kemudahan mendapatkan bantuan modal dan perkakasan perniagaan telah disediakan oleh kerajaan.
   Ingin tahu peluang yang ada? Ke mana tempat yang sewajarnya anda tuju?
   Umno Bahagian Gelang Patah sebagai wadah perjuangan untuk orang Melayu bersedia menerima kedatangan anda untuk berbincang mengenai peluang dan bersama menjadi pemangkin dan pemudahcara untuk segala permohonan yang anda hantar dengan agansi kerajaan yang terbabit.
   Hubungi atau hadir sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan keterangan lanjut. Jihad ekonomi adalah satu tuntutan agama dan bakal menjadi tunjang kekuatan orang Melayu di masa depan.

No comments:

Post a Comment