Tuesday 10 February 2015

USAHA UMNO GELANG PATAH ATASI BAHAGIAN LAIN

2,200 Daftar Pengundi Baru Oleh Biro Keahlian Dalam Tempoh Januari – Mei 2014 Mengatasi Bahagian Lain Di Seluruh  Johor


BIRO Keahlian UBGP yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Ir Haji Md Nasir Hashim terus aktif mendaftar pengundi baru untuk kawasan Parlimen Gelang Patah melalui pelbagai pendekatan.
   Pihak biro juga menyediakan kemudahan kepada cawangan yang ingin menggunakan bas untuk membawa ahli mereka menukar alamat pengundi ke Gelang Patah.
   Menurut Ir Haji Md Nasir, inisitif terbaru itu adalah atas permintaan ketua cawangan dan biro keahlian sangat mengalukan kerjasama dari mana-mana pihak yang boleh membantu seperti NGO dan kelab-kelab kecil dalam masyarakat.
   Katanya lagi, selepas setengah tahun menjalankan Kempen Sayangi Gelang Patah, pihaknya mendapati tahap kesedaran orang Melayu sudah mula berubah dan menyedari kepentingan satu undi untuk membantu Barisan Nasional mengekalkan kerajaan yang ada.
   Justeru itu, beliau menyeru semua pihak, khususnya Ketua Cawangan agar menjalankan kempen ini di peringkat akar umbi masing-masing. 

No comments:

Post a Comment