Tuesday 10 February 2015

PEMUDA DESAK MARA SEDIA LOT NIAGA KOMERSIAL




KEKANGAN usahawan Melayu yang kekurangan dana serta dihimpit kos sara hidup yang tinggi menjadi usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah pada 13 September lalu.
   Keresahan Pemuda UBGP terhadap semangat anak muda dalam bidang usahawan itu agar ianya tidak sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

   Naib Ketua Pemuda UBGP, Fakhrul Zafran Absl Kamarul Azman memberitahu Berita Gemilang bahawa usul yang dibawa itu mendesak Majlis Amanah Rakyat (MARA) agar lebih memainkan peranan membantu usahawan muda. Pemuda UBGP mencadangkan agar MARA dapat  menyewakan ruang-ruang niaga di pasaraya besar seperti di Medini Mall, TESCO dan MYDIN kepada usahawan muda Melayu.
   Katanya, dengan kaedah begini ia secara langsung membuktikan MARA sentiasa bersedia untuk melakukan transformasi dalam usaha membantu usahawan bumiputera dalam permasalahan ruang niaga yang tidak strategik.
   Menurutnya lagi, dalam satu kajian oleh Pemuda UBGP yang meninjau ke satu lokasi di Gelang Patah mendapati dua lot kedai yang dipecah-pecahkan kepada beberapa lot niaga kecil dan disewakan kepada usahawan muda memberi impak positif dan pendapatan lumayan setiap bulan.

No comments:

Post a Comment