Tuesday 10 February 2015

JASAMU DIKENANG

ALLAHYARHAM  AZAHAR BIN ABD RAHMAN
Meninggal Dunia Pada 14 Jun 2014


Beliau adalah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gelang Patah. Allahyarham adalah pejuang masyarakat yang berprinsip serta ikhlas. Kehilangannya amat dirasai oleh rakan seperjuangan dalam politik, koperasi, NGO dan teman-teman sepermainan di Kampung Pok Gelang Patah.
      Bekerja sebagai Pengurus Besar di syarikat A. R. Azahar Sdn Bhd, allahyarham juga aktif sebagai Yang Di Pertua PIBG di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah.
      Beliau pernah menjadi ALK di Koperasi Nusajaya Johor Berhad selama tiga tahun. Perjuangannya membantu penduduk kampung selama ini akan menjadi kenangan selamanya. 
      Takziah kepada balu dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga roh Allahyarham Azahar dicucuri rahmat dari Allah SWT.

Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali. Amin.

No comments:

Post a Comment