Tuesday 10 February 2015

WANITA MAHU 1AZAM DIPERKASA



WANITA membantu menambah pendapatan keluarga.
       Itulah maksud tersirat di sebalik usul yang di bawa oleh Pergerakan  Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah yang disokong sepenuhnya oleh perwakilan Wanita Cawangan dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UBGP, 13 September lalu.
       Mesyuarat tahun ini dirasmikan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, YB  Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik dan ADUN Nusajaya, YB Dr Zaini Abu Bakar.
       Usul ekonomi yang diutarakan itu mencadangkan peruntukan khas daripada pihak kerajaan untuk Program 1Azam Untuk Wanita UMNO khususnya di dalam Parlimen Gelang Patah.
       Ketua Wanita UBGP, Hajah Zainab Othman berkata kami berpendapat program 1Azam yang memiliki objektif jelas mampu menyedia-kan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM830 hingga RM2,300 sebulan.

       “Tetapi, syarat untuk menyertai program itu memerlukan pesertanya berdaftar dengan E-kasih. Apa yang ingin kami syorkan di sini agar syarat itu dilonggarkan sedikit dengan membuka ruang kepada Wanita UMNO yang tidak berdaftar dalam E-kasih.
      “Wanita UBGP juga mahukan pihak agensi kerajaan  yang terlibat agar menyediakan dan memberi peruntukan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara bersungguh-sungguh tetapi memerlukan bantuan peralatan untuk memajukan perusahaannya,` katanya.
        Tambahnya lagi, melalui usaha itu Wanita UMNO berharap kaumnya akan dapat membantu suami meningkatkan pendapatan isi rumah sedia ada.
         Oleh itu katanya lagi, pihak MPWK  juga harus memudahkan urusan permohonan peruntukan sepanjang masa tanpa ada kerenah
birokrasi yang membebankan. Wanita UBGP juga berharap program yang baik itu disegerakan tanpa menunggu ketibaan musim pilihan raya sahaja.
         Program  1Azam memberikan  fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan seperti  : 

AZAM KERJA - latihan kemahiran.
AZAM TANI -  kegiatan asas pertanian.
AZAM NIAGA - perniagaan kecil-kecilan dengan latihan dan kredit mikro.
AZAM KHIDMAT - menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment