Tuesday 10 February 2015

JASAMU DIKENANG

ALLAHYARHAM OTHMAN BIN KEDAM
7 Disember 1964 – 26 Februari 2014


Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Jalan Kemajuan selama dua penggal. Sejak muda lagi, beliau berjuang bersama UMNO Bahagian Gelang Patah dan memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan Jalan Kemajuan selama tiga penggal.
     Allahyarham yang bekerja di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.
    Semasa hayatnya beliau cukup disenangi sebagai pemimpin masyarakat yang peramah dan tegas. Beliau juga antara jawatankuasa Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti yang aktif.

    Semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Oktober tahun lalu, allahyarham bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah. Semoga roh beliau dicucuri rahmah dan diletakkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. 

No comments:

Post a Comment