Saturday 7 February 2015

SUARA AKAR UMBI JADI KEUTAMAAN



KEPIMPINAN baru UMNO Bahagian Gelang Patah menanam tekad menyelusuri semua permasalahan rakyat dari peringkat akar umbi supaya isu permasalahan yang diluahkan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
    Ketuanya, Haji Mohammad Khairi A. Malik berkata beliau mahu melihat rakyat khususnya di Gelang Patah berasa mereka dibela dan tidak merasa terpinggir di sebalik pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan di kawasan parlimen ini.
    Justeru itu, beliau telah mengarahkan semua jawatankuasa bahagian dan sayap parti bekerja lebih masa dan menggembeling tenaga bagi memastikan kebajikan masyarakat terutamanya bangsa Melayu di sini memperoleh manfaat dari pelaburan yang dibawa masuk melalui Pembangunan Wilayah Iskandar.
    Setakat ini, UMNO bahagian menerusi semua biro yang dibentuk sudah mengadakan pertemuan dan juga program melibatkan masyarakat setempat yang dikendalikan secara bersama oleh kepimpinan zon atau cawangan itu sendiri.

MELESTARIKAN KEPIMPINAN CAWANGAN

USAHA bersungguh-sungguh Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah itu dibuktikan menerusi agenda utamanya melestarikan kepimpinan UMNO diperingkat cawangan agar lebih dihormati dan diterima oleh penduduk di kejiranan tersebut.
    “Kita ingin melihat kehadiran UMNO di sesebuah cawangan dirasai dan menjadi rakan kepada penduduk yang boleh dijadikan tempat untuk mengadu dan menyalurkan buah fikiran yang baik untuk kepentingan bangsa dan perpaduan bangsa Melayu itu sendiri.
    Pentadbiran cawangan juga akan sentiasa dipantau dan dibimbing oleh jawatankuasa UMNO bahagian mengikut Program Cawangan Angkat yang diperkenallkan dalam pentadbiran baru Haji Mohammad Khairi kali ini.
    Menerusi kerjasama ini, peranan UMNO cawangan akan lebih dihargai khasnya dalam usaha membantu penduduk yang tergolong dalam kategori miskin bandar atau mereka yang ditimpa musibah dan memerlukan bantuan pada kadar segera.
    Menurut Haji Mohammad Khairi lagi, pihaknya juga akan memastikan setiap UMNO Cawangan mempunyai bilik gerakan yang sempurna dan boleh menjadi tempat pertemuan bersama penduduk. Bilik gerakan itu juga boleh menjadi tempat untuk bermesyuarat dan mengadakan aktiviti mingguan.  

#AliasSogok - Buletin Gemilang Feb 2014

No comments:

Post a Comment