Saturday 7 February 2015

AWASI JERAT PEMBANGKANG


RAKYAT Gelang Patah harus menghindarkan diri dari terperangkap denganjarangkap samar’ yang sentiasa dipasang oleh pihak pembangkang yang sentiasa cuba membangkitkan sentimen perkauman, agama dan kepentingan Melayu. Puak pembangkang ini sanggup melakukan apa sahaja walau melibatkan perpecahan kaum dan kacau bilau dengan niat supaya rakyat akan membenci kerajaan dan selalu menyalahkan Barisan Nasional.

    Ketua Penenangan UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Salamian Surip semasa mengulas permainan buruk pembangkang ini berharap rakyat tidak terpengaruh dan sentiasa mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang benar.

    “Dalam internet banyak isu yang diputar-belitkan oleh pembangkang dan ditambah-tambah supaya kerajaan nampak sentisa salah. Mereka timbulkan isu, kerajaan pula yang disalahkannya,” jelas beliau di hadapan lebih 100 orang Ketua-ketua Penerangan Cawangan di Lima Kedai, baru-baru ini.

    Tambahnya, isu agama dan perkauman memang menjadi pilihan pembangkang kerana perkara itu sensitif dan mudah menaikan kemarahan rakyat. Isu itu berlarutan seperti drama bersiri dari isu pengharaman Ajaran Syiah, ancaman Comango dan berjangkit sampai ke campur tangan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dalam isu bacaan khutbah Jumaat di Selangor.

    “Tidak pernah terjadi dalam sejarah di mana seorang pemimpin kafir di negara ini mempertikai isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan khas kepada umat Islam. Namun,  perkara ini berlaku baru-baru ini di mana Lim Kit Siang mempertikai khutbah JAKIM sebagai bertentangan dengan slogan ‘kesederhanaanPerdana Menteri dan mampu mencetuskan perpecahan. Lim Kit Siang  juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘amat dikesalkan’.

    Khutbah JAKIM tersebut adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT seperti berikutOrang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

    Terlebih dahulu, teks khutbah tersebut menyatakan bahawa perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.”

    Haji Salamian menjelaskan, Lim Kit Siang hanya membaca teks ini di perenggan pertama dan kemudiannya memanipulasi-nya bagi mencipta persepsi seolah-olah JAKIM dan kerajaanlah yang membenarkan dan menjadi punca perpecahan.

    Rakyat tempatan harus diingatkan mengenai kelicikan pembangkang memainkan setiap isu yang akhirnya aspa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional itu salah. Kita buat baik pun dibelitkan nampak jadi salah.



MENDEKATI PENGUNDI MUDA



BIRO Penerangan tidak berdiam diri dalam hal jerat pembangkang ini dengan menyusun pelbagai program penerangan setiap minggu di cawangan dan majlis khas supaya rakyat mendapat input yang jelas dan betul.

    “Jawatankuasa biro juga menggunakan semua pendekatan yang sesuai agar apa yang hendak disampaikan dapat diterima dengan jelas dan disebarluaskan kepada semua rakyat di kawasan Parlimen Gelang Patah.

    “Selain ceramah, kita menggunakan media sosial seperti blog, facebook, whatsup, wechat, penerbitan risalah, buletin dan juga pendekatan yang lebih menghiburkan seperti karnival, tayangan filem, pendeklamasian sajak dan penghayatan nilai nasionalisme kepada rakyat,” tambahnya.   

No comments:

Post a Comment