Saturday 7 February 2015

USAHA BANTU MASYARAKAT BERTERUSAN





LEBIH 200 pelajar menerima peralatan pendidikan dan beg sekolah baru sebagai tanda ingatan dari pihak UMNO Bahagian Gelang Patah mengenai kepentingan pendidikan kepada generasi akan datang menerusi Program Membantu Rakyat (MEMBARA).
    Majlis yang dikendalikan oleh Biro Penerangan itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap Ketua Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik di Dewan Lima Kedai, baru-baru ini.
    MEMBARA adalah sebuah program berterusan dengan tema berbeza setiap bulan. Untuk bulan Januari, tema pendidikanKembali Ke Sekolahtelah dipilih. Ini akan diteruskan lagi untuk bulan Februari dengan Karnival Kerjaya di SMK Mutiara Rini.




No comments:

Post a Comment