Saturday 7 February 2015

TIADA LAGI CAWANGAN TERPINGGIR


SISTEM ‘BAPA ANGKAT’ yang dicetuskan oleh oleh Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik menjanjikan hubungan yang baik antara pihak urusetia bahagian dengan kesemua 77 buah cawangan yang ada di dalam bahagian itu.

    Semasa ditemubual baru-baru ini, Haji Mohammad Khairi menjelaskan menerusi sistem ini, semua cawangan akan mempunyai seorangBapa Angkat’ yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian. Mereka akan sentiasa mendekati cawangan tersebut dan mengikuti perkembangan semasa setiap cawangan angkatnya.

    Apa sahaja permasalahan dan isu yang melanda diperingkat cawangan akan di bawa olehbapa angkatmasing-masing ke dalam mesyuarat di peringkat bahagian.

    “Kita berharap menerusi cara ini, tiada lagi cawangan yang merasa diri mereka terpinggir. Kita mahu hubungan cawangan dan bahagian rapat dan mesra. Kita mahu buang semua tembok halangan. Perkembangan cawangan seperti mesyuarat, kematian, bencana alam dan sebagainya akan sampai terus kepada bahagian dengan cepat melalui hubungan baikbapa dan anak angkatini.

    “Kami di bahagian sentiasa sedia membantu. Ketua dan jawatankuasa cawangan boleh menghubungibapa angkatatau terus jika ingin berhubung terus dengan saya, kita amat mengalu-alukannya demi kebaikan parti, bangsa dan agama kita,” tambahnya lagi.

   

PERTINGKAT PENGURUSAN CAWANGAN



DEMI mempertingkatkan pengurusan di peringkat cawangan, UMNO Bahagian Gelang Patah baru-baru ini telah menyalurkan dana pengurusan sebanyak RM300 setiap cawangan bagi tujuan membeli alatulis dan belanja pengurusan.

    UMNO bahagian juga berharap perubahan yang dibawa ini akan dapat diterima dengan baik oleh semua pihak dengan harapan pengurusan di peringkat cawangan akan lebih lestari dan tersusun.  



   

No comments:

Post a Comment