Saturday 7 February 2015

WANITA MAIN PERANAN TINGKAT EKONOMI KELUARGA



PROGRAM Kraf Kreatif yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Bahagian Gelang Patah di Bilik Gerakan Jalan Tenang, Damai Jaya baru-baru ini telah membangkitkan semangat keusahawnan kepada peserta dan mampu memnjana pendapatan keluarga.

    Aktiviti bersifat seni itu dianjurkan bersama Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Parlimen Gelang Patah dan dirasmikan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian, Haji Mohammad Khairi A. Malik.

    Dalam ucapannya, Haji Mohammad Khairi menyatakan rasa bangga bangga dengan usaha yang dijalankan kerana ia memberi ilmu dan kepandaian kepada peserta.

    Katanya, selain ilmu itu boleh digunakan untuk mencari pendapatan tambahan kepada keluarga, ia juga secara tidak langsung mempertahankan kesenian budaya Melayu untuk dipelajari oleh generasi akan datang.


No comments:

Post a Comment