Saturday 7 February 2015

UEM SUNRICE BINA 10 RIBU RUMAH MAMPU MILIK DI NUSAJAYA



SEBANYAK 10 ribu unit Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Rendah akan dibina oleh UEM Sunrise Berhad bagi memenuhi permintaan rakyat di kawasan Parlimen Gelang Patah.

    Syarikat hartanah terkenal yang sebelum ini dikenali sebagai UEM Land Holdings Berhad itu mempunyai banyak projek pembangunan di Nusajaya dan sebagai langkah awal, 350 unit Rumah Mampu Milik di Nusa Bayu berharga antara Rm80,000 hingga RM150,000 yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor pada 1 Mac tahun lalu.
    Persetujuan membina rumah mampu milik dan kos rendah itu adalah hasil usaha pihak UMNO Bahagian Gelang Patah dengan pihak pemaju bagi meringankan sedikit bebanan rakyat akibat kenaikan harga rumah baru yang melambung tinggi di kawasan Pembangunan Wilayah Iskandar, khususnya di Nusajaya.

No comments:

Post a Comment