Saturday 7 February 2015

KERJASAMA UBGP - NGO UNTUNGKAN RAKYAT



UMNO Bahagian Gelang Patah mengambil satu lagi langkah proaktif dengan mendekati kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menjalinkan kerjsama demi kebaikan kedua-dua pihak dan masyarakat setempat.
    Ketua Biro Politik, Disiplin, Pengurusan Dan NGO, Haji Mohammad Khairi A. Malik memberitahu Buletin GEMILANG, pihaknya berpuas hati hasil pertemuan dengan kumpulan NGO yang bergiat aktif dalam Parlimen Gelang Patah.
    Pertemuan itu membuktikan usaha bersungguh-sungguh UMNO bahagian membantu semua pihak membangunkan masyarakat dengan aktiviti NGO yang bersifat sukarela tapi mempunyai matlamat masing-masing yang tepat dan jelas.
    Dalam pertemuan itu, kita berjaya menjalinkan hubungan baik dengan semua NGO yang hadir. Mereka adalah Sahabat UMNO dan kami akan saling membantu setiap masa.
    Menerusi kerjasama ini, UMNO bahagian akan dapat meluaskan lagi golongan sasaran untuk aktiviti yang akan dijalankan dan kita tidak lagi hanya berkisar sesama ahli UMNO sahaja,” katanya lagi.
    Antara NGO yang hadir dalam pertemuan itu ialah Gerakan Belia 4B Gelang Patah, Guru Muda 1 Malaysia (GM1M), PERIMAU, pertubuhan usahawan Melayu, persatuan teksi dan pertubuhan masyarakat.

No comments:

Post a Comment