Tuesday 10 February 2015

KHAIRAT KEMATIAN SEBAGAI KEBAJIKAN

BIRO Agama Umno Bahagian Gelang Patah telah melancarkan Skim Khairat Kematian dengan pihak insurans takaful untuk menjaga kebajikan semua Ahli Jawatan Kuasa Bahagian dan Ketua Cawangan.
     Pengerusi Biro Agama, Haji Mohd Ali Sarno menjelaskan semua caruman yang perlu dibayar bagi skim itu telah dilunaskan oleh pihak Umno  Bahagian Gelang Patah menerusi satu kelulusan pada Mesyuarat Pengurusan, baru-baru ini.
     “Pelancaran Skim Khairat Kematian ini adalah satu insentif daripada pihak pengurusan Umno Bahagian kepada semua yang terlibat. Kita berharap AJK Bahagian dan Ketua Cawangan akan terus mencurah bakti dengan ikhlas demi kelangsungan dan kekuatan agama Islam dan bangsa Melayu,” tambahnya lagi.

     Menurut Haji Mohd Sarno lagi, jika berlaku kematian, waris pencarum yang layak akan menerima RM3,500 sebagai wang khairat bagi tujuan pengurusan jenazah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment