Tuesday 10 February 2015

PENGKHIANAT JEJAS IMEJ KERAJAAN BN

KITA PUAS  HATI BILA BERDEPAN DENGAN MUSUH (DALAM SELIMUT ITU) TETAPI PENGKHIANAT INI ADALAH KAWAN YANG JADI MUSUH DALAM SELIMUT.  
ADUHAI GERAMNYA.

PENGKHIANAT sentiasa bawa petaka. Rosak semuanya bila ada yang sanggup jadi pengkhianat.    
      Sejarah kejatuhan kepimpinan Islam sejak dahulu lagi mengisahkan di belakangnya pasti ada tangan-tangan para pengkhianat yang terlibat. Telusurilah kisah Kamal Atarturk sebagai jeneral ketika itu sanggup mengkhianati Sultan Abdul Hamed dengan menjadi tali baru tentera British dan Yahudi yang akhirnya menumbangkan Khalifah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sejak itu Turki disekularkan daripada pengaruh Islam.
     Kisah pengkhianat lain boleh anda cari di internet seperti Drakula mengkhianati Muhammad al-Fateh, Si Kitul dan Datuk Mandeliar dengan kejatuhan kerajaan Melaka, Kisah Si Pitung dan juga pembunuhan Tok Janggut di Kelantan.
     Ibarat kata Pepatah Melayu dalam setandan kelapa tidak semuanya elok. Tetapi buruknya si  pengkhianat ini lebih busuk daripada kelapa komeng.  Mereka menjahanamkan semuanya, malah lebih buruk perangainya daripada musuh dalam selimut. Kita puashati bila berdepan dengan musuh (dalam selimut itu) tetapi pengkhianat ini adalah kawan yang jadi musuh dalam selimut. Aduhai geramnya.

       PERTAMA : Mari kita lihat pengkhianatan yang berlaku dalam kandang pembangkang. Nik Mohamad Abduh dengan terang menyatakan PKR adalah pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Beliau geram kerana PKR iktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang sanggup khianat terhadap keputusan partinya sendiri, iaitu PAS.

        Sampai sekarang kisah pengkhianat dan pengkhianatan dalam kandang pembangkang itu masih berbunyi. Di laman sosial, pengkhianat itu masih dikeji. Di Muktamar PAS terus dihambat. Muka dia selamba sahaja.
        Seorang pemimpin PAS membuat kenyataan golongan pengkhianat itu dihina di dunia dan hina di akhirat. Betapa hidupnya tercela di akhirat bahkan semenjak di dunia ini lagi.
        Kisah pertama ini membuktikan kepada kita yang pengkhianat ini perosak imej dan perjuangan partinya. Tetapi, adakah anda mendengar parti PAS yang dianggotai individu yang dilabel pengkhianat sendiri oleh pemimpinnya itu dipersalahkan?  

        KEDUA : Isu pengkhianatan kebocoran dan penyebaran soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR. Kes masih di bawah siasatan pihak Polis, ada kakitangan awam ditahan dan direman, ada juga pekerja swasta yang dipanggil dan disiasat. Soal integriti diragui dan dipertikaikan.
       Saban hari imej kementerian dijatuhkan dan kerajaan dipalitkan. Kita juga mengakui, bukan semua kakitangan kerajaan itu mendokong dasar yang dibuat dengan ikhlas. Ramai juga tali barut pembangkang yang bekerja di sektor kerajaan yang budi hatinya boleh kita ragui. Itulah punca kebocoran maklumat dan data rahsia kerajaan sering terjadi. Inilah pengkhianat di dalam kerajaan.
       Kisah kedua ini bukan salah kerajaan. Kerajaan jadi mangsa kakitangan yang khianat yang utamakan agenda peribadi berbanding tugasan yang diama-nahkan.  Kerajaan Barisan Nasional sentiasa terbuka menerima teguran melalui saluran yang betul.
       Janganlah kerana perbuatan beberapa orang pengkhianat itu, ia diperbesarkan di media sosial dan akhirnya seolah-olah kerajaan sedia ada ini dilihat terlalu lemah di dihukum.
        Umpama kata-kata akhir Laksamana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia sebenarnya ada lagi yang tidak dicatatkan iaitu Selagi Berpegang Dengan Ajaran Islam. Mari kita pertahankan Kerajaan Barisan Nasional yang memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
        Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. 

No comments:

Post a Comment