Tuesday 10 February 2015

SUNGAI MELAYU KINI TUMPUAN PELANCONG

PROGRAM KAWAN ISKANDAR MALAYSIA
EKO PELANCONGAN KG SUNGAI MELAYU


KAMPUNG Sungai Melayu dahulunya sebuah kampung nelayan tradisional yang hanya boleh dihubungi dengan menaiki bot dan sampan, kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dengan produk eko-pelancongan tersendiri di negeri Johor.
   Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Melayu, Pandak Ahmad berkata sejak dipilih dalam Program Kawan Iskandar yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), kampung itu menerima ribuan pelancong dari serata dunia yang ingin melihat dan merasai sendiri produk-produk pelancongan di sini.
   “Pelancong yang hadir adalah dari negara-negara di Eropah, Asia Tengah, Hong Kong, Korea, Jepun dan China. Kampung Sungai Melayu juga menjadi pilihan pelancong tempatan, khususnya yang ingin menikmati sendiri kupang segar dan makanan laut terbaik di sini,” tambahnya lagi.
   Pandak berkata, penduduk juga menyediakan kemudahan inap desa yang selesa dan sentiasa ramah membantu untuk membawa pelancong yang datang untuk aktiviti pelancongan yang ada di kampung kami seperti perusahaan keropok kupang, membuat belacan, lawatan menggunakan bot sambil menangkap ketam dan makan di restoran.
   Katanya lagi, adalah menjadi sasaran kita untuk terus meningkatkan lagi produk sedia ada dan menjadikan Kampung Sungai Melayu destinasi pelancongan terkanal di negara ini.
   “Penduduk amat bersyukur dengan perubahan ini. Jika dahulu tiada jalan darat untuk masuk ke kampung kami, kini jalan raya terbaik sudah ada dan sesiapa sahaja mudah untuk datang ke sini. Ini adalah nikmat yang Allah SWT beri kepada penduduk di sini,” jelasnya.


No comments:

Post a Comment