Tuesday 10 February 2015

BIRO PENERANGAN LAHIR PEMIDATO PELAPIS

HARAPAN Biro Penerangan Umno Bahagian Gelang Patah untuk melahirkan 50 penceramah baru tercapai selepas semua peserta Kursus Pengucapan Awam yang dianjurkan secara tiga sesi selama sebulan ‘lulus’ dengan cemerlang.
   Menurut Timbalan Pengerusinya, Haji Jamaluddin Samut semua peserta adalah cadangan daripada pihak ketua-ketua cawangan dan mereka dilatih selama tiga sesi oleh pakar-pakar pengucapan awam yang dijemput khas.
   Katanya, pada sesi pertama itu peserta didedahkan dengan teknik berucap yang betul, meningkatkan keyakinan diri dan melihat kekuatan yang ada pada diri masing-masing. 
    “Seterusnya kita mengekalkan peserta yang sama untuk sesi kedua dengan tambahan kaedah pengucapan awam dan perbengkelan.
   “Hasil dari perbengkelan itulah  semua peserta dapat meluahkan bakat dalam diri masing-masing.
    Tambahnya lagi, pada sesi akhir  peserta dianugerahkan dengan sijil penyertaan yang disampaikan sendiri
Oleh Ketua Bahagian Umno Gelang Patah, Haji Mohammad Khairi A. Malik.

No comments:

Post a Comment